✤Senarai Semak Trimester Pertama✤
✎ Adakah anda baru disahkan hamil? Jika ya, anda perlu
membuat senarai semak perkara yang wajib dilakukan oleh wanita hamil. Semuanya
demi memastikan keselamatan ibu dan bayi yang dikandung.
✿◕ ‿ ◕✿
➽ Pastikan anda benar-benar hamil
Buat ujian kehamilan
sendiri sebaik lewat datang bulan berbanding biasa.
➽ Buat temu janji pemeriksaan
Berjumpa dengan
doktor untuk pemeriksaan lanjut dan khidmat nasihat ibu hamil.
➽ Pastikan semua aktiviti anda selamat
Jangan abaikan
keselamatan diri anda dan bayi yang dikandung kerana anda tidak tahu tahap
kekuatan diri di awal kehamilan.
➽ Amalkan pemakanan sihat
Loya di awal
trimester memang agak sukar tetapi pastikan anda sentiasa pilih makanan yang
terbaik.
➽ Minum air
Ketika hamil, anda
memerlukan enam hingga alpan gelas cecair setiap hari.
➽ Tidur awal
Anda mungkin berasa
cepat letih berbanding biasa. Jadi, lebih baik tidur awal.
➽ Pilih masa sesuai untuk umumkan kehamilan
Ada wanita yang
teruja untuk berkongsi kegembiraan tetapi ada juga yang hendak melepaskan
trimester pertama sebelum berkongsi berita gembira. Semuanya terpulang kepada
anda.
➽ Jangan lupa vitamin prenatal ☜(ˆ▽ˆ)
Suplemen asid folik
sangat penting pada trimester pertama. Ia mengurangkan risiko kecacatan tiub
neural.
➽ Pilih doktor
Bertanyalah dengan
kawan-kawan, saudara mengenai pemilihan doktor sakit puan anda.
➽ Pastikan ubat anda selamat
Jangan sembarangan
memakan ubat tanpa nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.
➽ Penuhkan dapur dengan makanan sihat
Pastikan pantry,
kabinet dapur dan peti ais anda dipenuhi makanan mesra kehamilan.
➽ Pelajari tanda-tanda komplikasi kehamilan
Rajin-rajinlah
membaca buku, majalah dan laman web mengenai kehamilan.
➽ Beli coli dan seluar dalam baru
Coli dan seluar dalam
khas ibu hamil memang lebih selesa ketika ini.
➽ Buat bajet bayi
Anda sudah boleh mula
mencongak perbelanjaan menyambut kelahiran bayi.
➽ Teruskan hubungan seks jika berkeinginan
Anda mungkin berasa
terlalu penat, moody atau letih untuk melakukan hubungan intim dengan suami.
Tetapi jika anda berkeinginan, teruskan kerana seks ketika hamil adalah
selamat.
0 comments