Apa yang anda tahu mengenai VITAMIN E?
Saya percaya sudah ramai yang mengetahui fungsi serta khasiat serta kandungan yang ada di dalam Vita E ini.
Banyak dan pelbagai jenama yang ada diluar sana. Senang untuk kita membeli di Farmasi-farmasi dan sebagainya.
Walaubagaimana pun, di sini saya ingin menceritakan mengenai Vita E Complex dari Shaklee.
Anda juga tentu pernah dengarkan?
Kenapa saya pilih Vita E Shaklee dan bukan dari brand lain?
Kerana ianya mempunyai perbezaan yang tersendiri.
Apakah perbezaannya?
❆ Vita E Complex Shaklee ini dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E yang paling lengkap dipasaran.
❆ Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang telah membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot, Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.
Manfaat Utama Vitamin E Shaklee
❥ Melindungi Jantung
Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat;
melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid;
meningkatkan kelestrol HDL;
mengurangkan tekanan darah;
menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri;
menghalang anemia hemolitik'
penyakit jantung dll
❥ Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
❥ Anti-Penuaan
1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit an ton muka, dada dan otot peha.
❥ Anti-Oksidan Yang Kuat
Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat redikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalh oksidasi - katarak dan masalah penglihatan.
❥ Kelestarian Tenaga
Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih.
❥ Memperbaiki Arthritis
Meningkatkan keanjalan saluran darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.
❥ Menghalang Keguguran
Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush. Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.
❥ Memperbaiki Parut
Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.
0 comments