Tahukah Anda???
Apabila anda sudah mengurangkan aktiviti merokok , anda akan mulai sedar yang anda mempunyai banyak masa terluang. Penjelasannya mudah; bayangkan jika seseorang perokok yang mengambil masa 10 minit untuk menghabiskan sebatang rokok dan jika dikali dengan 20 batang, ia bersamaan dengan 200 minit atau hampir 3 jam dalam sehari yang anda tiba-tiba peroleh berbanding masa anda merokok. Oleh sebab itu, adalah baik untuk anda mula merancang penggunaan masa yang terluang ini dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat seperti mencuba hobi baru atau bersukan. Aktiviti ini juga dapat membantu menyibukkan diri anda sekaligus menjauhkan diri daripada memikirkan tentang rokok.
Adakah Anda Punyai Matlamat Untuk BERHENTI MEROKOK?
Apabila anda telah menetapkan matlamat dan tarikh untuk mula berhenti merokok, perlulah anda membuat persediaan yang sesuai tentang bagaimana anda akan merealisasikan kejayaan berhenti merokok ini. Anda boleh memulakan dengan memberitahu sahabat handai dan juga kaum keluarga tentang keinginan untuk berhenti merokok. Perkara ini nampak seperti remeh namun impaknya sangat tinggi. Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi anda untuk tidak merokok. Individu-individu di sekeliling anda dilihat mampu membantu anda dari segi memberi motivasi serta kata-kata semangat untuk memastikan anda terus berusaha mencapai matlamat untuk berhenti merokok. Bahkan, jika anda mempunyai rakan-rakan yang juga merupakan seorang perokok, perubahan diri anda ini mampu untuk mempengaruhi mereka untuk turut serta berhenti merokok.
Selain itu, anda boleh mula mengurangkan bilangan rokok yang dihisap dari sehari ke sehari. Cara ini mampu untuk membiasakan diri anda untuk kembali kepada keadaan tanpa rokok secara beransur-ansur. Berhenti merokok apabila anda menghisap 20 batang rokok sehari jauh lagi sukar dari 2-3 batang rokok sehari.
Ubat
Terdapat pelbagai jenis ubatan yang boleh didapati sekarang untuk merawat ketagihan merokok. Antara yang terawal adalah terapi gantian nikotin atau dalam Bahasa Inggerisnya “Nicotine Replacement Therapy (NRT)”. Banyak kajian mengenai keberkesanannya telah dijalankan dan didapati selamat untuk diambil. Terapi gantian nikotin hadir dalam pelbagai bentuk seperti gula getah, ubat hisap (lozenges) ataupun ubat tampalan (patches). Kepelbagaian jenis terapi membolehkan perokok membuat pilihan terbaik bagi seseorang individu bergantung kepada keserasian dan keselesaan masing-masing.
Walaubagaimanapun, kandungan nikotin yang terdapat dalam ubatan ini cukup sekadar memberi kesan untuk menangani ketagihan dan rangsangan pada satu-satu waktu tetapi tidak mampu untuk memberi kesan kenikmatan sama seperti yang anda peroleh ketika merokok .Terapi penggantian ini juga mungkin mengambil masa yang lebih panjang dari merokok untuk mendatangkan kesan. Tetapi jika dibandingkan dengan rokok, ubat-ubatan ini lebih selamat oleh kerana tidak mengandungi bahan-bahan toksik akibat merokok seperti “tar” yang diketahui amat berbahaya.
Selain NRT, ubatan lain yang terdapat di pasaran ialah varenicline, bupropion dan nortriptyline. Ubat-ubatan ini sama efektifnya seperti NRT cuma perlu mendapat preskripsi dari doktor terlebih dahulu sebelum membelinya.
Kesemua ubatan ini hanya digunakan untuk tempoh sementara sehingga ketagihan untuk merokok dapat dikawal. Bagi sesetengah perokok, ketagihan mereka sukar dikawal, dan untuk itu terpaksa mengambil ubatan ini untuk jangkamasa lebih panjang di samping menggunakan rawatan alternatif yang lain seperti senaman pernafasan.
Salah Satu Faktor Untuk Anda BERHENTI MEROKOK
Bagaimana pula dengan Suplemen/Vitamin? Adakah mampu untuk melawan ketagihan merokok?
Bagaimana pula dengan Suplemen/Vitamin? Adakah mampu untuk melawan ketagihan merokok?
Jom sama-sama kita melihat dan hayati kisah seorang perokok ini hanya dengan VIVIX Shaklee..
Sudu yang pertama ✸✸✸✸✸ hisap separuh batang
Sudu yang kedua ✸✸✸✸✸ rasa tepu (hanya perokok tegar yang mengetahui rasanya)
Sudu yang ketiga ✸✸✸✸✸ loya nak termuntah apabila hisap rokok
BONUS badan jadi bertenaga..
Alhamdulillah ini adalah pengakuan ikhlas dari beliau sendiri..
Kenapa ia bertindak sebegitu pantas?
Ok, Vivik Shaklee ini bertindak dari tahap sel - Selular level
Ini menyebabkan ia menolak nikotin yang dipanggil Terapi Buang Nikotin.
Bagi yang berminat untuk mencubanya sendiri boleh terus hubungi saya dengan 2 cara.
1. Anda boleh terus menghubungi saya di
Facebook : Nur Mohd Pizan (untuk chating terus dengan saya)
FanPage : http://www.facebook.com/ TheBestOfVitamin
Email : nurulamsyar12@gmail.com
Call / Whatsupp : 013-223 0166
Atau, jika segan untuk berinteraksi atau malas nak tanya apa-apa mengenai produk just klik
Walaubagaimana pun, jika anda membeli secara on9 terus dari page saya, anda tetap saya akan consult secara PERCUMA! Just hubungi saya ya.
Lebih lanjut http://www.mmgazette.com/usah-merokok-demi-kebaikan-diri-dr-amer-siddiq/
Lebih lanjut http://www.mmgazette.com/usah-merokok-demi-kebaikan-diri-dr-amer-siddiq/
Usah Merokok Demi Kebaikan Diri – Dr. Amer Siddiq
kredit video dari rakan sebumbung Shaklee
0 comments