♛ KEKUASAAN SOLAT ♛
Terkejut kelmarin sedang kami duduk Ta'lim. Bila keluar dari masjid sebuah motor ustaz saya dah takde. Motornya hilang. Cuma adiknya dan seorang lagi yang rapat tahu. Dia terkejut dan diam. Terus menerus solat sunat sebanyak 12 rakaat. Masa tu masing-masing solat dhuha ada yang 4, 6,8..tapi ustaz tu solat lebih lagi. Dia tak cerita dengan sesiapa pun pasal kehilangan motor tu.
Semalam kami bagi-bagi kawasan untuk buat dakwah. 2 motor berdakwah ke satu kawasan 3 orang termasuk ustaz saya. Sedang bergerak ternampak motor tu ada ditepi parit.
Seorang ahli jemaah yang tahu bila nampak motor itu telah sujud syukur. Barulah semua tahu cerita sebenarnya. Subhanallah. Segala puji bagi Allah.
Ustaz tadi selalu menasihati orang lain setiap kali kita diuji beliau solat sunat 12 rakaat minta pada Allah.
Allah pasti mudahkan semuanya. Solat dan terus solat minta pada Allah selagi masalah belum selesai.
Berilah masa untuk solat semata-mata kerana Allah. ALLAH janji pasti bukakan jalan keluar bagi segala musibah dan beri rezeki dari punca yang tak disangka-sangka.
Pernah seorang sahabat saya bawa jemaah berdakwah ke luar negara. Duit mereka tak cukup. Dia beri bekas uncang duit pada kaunter. Kira-kira duit tak cukup . Dia solat 2 rakaat dan minta kira uncang tadi semula. Orang kaunter dah marah. Sebab duit tak cukup lagi. Dia buat lagi 2 rakaat. Sampai 6 rakaat. last sekali ada seorang kaya yang tak dikenali langsung datang dan bayarkan tiket kesemuanya. Duit mereka dipulangkan oleh orang kaya tadi.
Pernah seorang isteri risau suaminya. Dia solat. Lepas tu solat. Takdir Allah suaminya mimpi isteri mati. Dia terus berubah. Dalam mimpi dia menangis rindu dan rasa bersalah pada isteri. Dia jerit kuat-kuat sampai putus asa kerana kehilangan dan banyak buat salah pada isteri..Tapi tak sempat minta maaf. Sekali terbangun rupanya mimpi. Ya Allah...dia terus minta maaf pada isterinya.
Orang Islam wajib berusaha sungguh dan memberi yang terbaik. Begitu juga solat dan doa dengan terbaik yakin pada Allah. Allah pasti mudahkan-ebit lew
0 comments