KENAPA KITA PERLU MAKAN SUPLEMEN?

Kenapa Kita Perlu Makan Suplemen?


Mesti ramai yang mempertikaikan mengenai hal ini, kan? Penting sangat ke makan suplemen? Perlu ke nak ambil suplemen tiap-tiap hari? Sebelum anda teruskan bacaan, anda perlu ingat bahawa vitamin Shaklee yang Nurul cadangkan di sini adalah sebagai makanan tambahan / makanan pelengkap sahaja. Bukannya bermaksud dengan telan je pil-pil ni tiap-tiap hari, anda dah tak perlu makan benda-benda lain. Salah konsep tu. Jadi, meh betulkan ‘mind set’ tu dulu ya.

Kenapa kita perlu makan suplemen? Cuba kita tengok sekeliling kita. Sekarang ini kita duduk dalam keadaan dunia yang macam mana? Sekarangni kita makan benda yang macam mana? Adakah sama dengan nenek moyang kita dulu kala? Jawapannya, TIDAK. Kita sekarang hidup dalam keadaan yang dipenuhi dengan pencemaran. Sana sini penuh je dengan pencemaran. Makanan yang kita makan pula? Alahai, rasanya kalau nenek moyang kita tengok mesti tak berselera. Hehe..

Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Secara ringkasnya, kita perlu makan suplemen sebagai makanan tambahan kerana:

1. Badan kita perlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan.  Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.
2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan  pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C contohnya mudah dimusnahkan oleh haba tinggi semasa dimasak.
4. Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan.  Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolesterol, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.
5. Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang sepatutnya.
6. Gaya hidup dan trend masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.
7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

Disebabkan oleh keadaan semasa seperti di atas inilah yang memerlukan kita untuk ambil vitamin sebagai makanan tambahan. Tapi kita kena ingat ya, kita tetap kena amalkan pemakanan seimbang, kena makan pada masa yang tetap, dan makan pada kadar yang bersesuaian. Jangan main sumbat je semua benda dalam perut. Dan jangan lupa, amalkan juga pemakanan vitamin semulajadi Shaklee tiap-tiap hari. Jom semua, kita jadi sihat dan ceria!


Ketahuilah makanan tambahan / suplemen yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.

SID sah 891322
Email : nurulamsyar12@gmail.com
Call / Whatsupp : 013-223 0166


0 comments